Tuesday 7 October 2014

SAYANG AWOK.

1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu
2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita
3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya
4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu
5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai
6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu.
7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll
8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh
9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa
10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita,
11. Akan memperkenalkan ahli keluarganya atau kawan rapat mereka pada kita walaupun melalui gambar
12. Memberikan layanan yang berbeza dari kawan mereka contohnya bercakap dalam nada yang tak tinggi, lebih gentleman..
13. Selalu ada masa untuk kita, kalau tiada pun mereka akan cuba meluangkan masa pada masa yang lain..
14.  Tidak menyebut nama perempuan  lain di depan kekasihnya sebab bagi mereka wanita yang terpenting dalam hidup mereka sudah ada di depan mata
15. Selalu memberikan kejutan yang kita tak pernah terfikirkan.
16.  Bersifat lebih natural dan bersahaja
17.  Bersifat melindungi, tak kiralah kalau berjalan bersama dia pasti akan memastikan kita berada di sisi kita
18. Jika dia betul2 sayang, dia akan berusaha mengubah diri mereka menjadi yang terbaik untuk pasangannya.
19. Dia memberikan tudung pada kekasih mereka jika mereka kekasih mereka free hair, sebab mereka  tak nak diri kekasih mereka menjadi tayangan umum. *optional
20.  Akan berusaha mengekalkan sesebuah perhubungan, mereka mungkin akan mengalah walaupun itu bukan salah mereka kerana tidak mahu pergaduhan itu berterusan.
21. Sanggup berbelanja untuk kita, selalunya bila keluar bersama dialah yang keluarkan duit, alik2 dia juga yang pokai :P
22. Dia tahu apa yang kita suka dan tak suka walaupun kita tak beritahu, mereka akan berusaha mengambil tahu sendiri
23. Tiada rahsia diantara dia dan pasangan, dia beritahu semua perkara sebab dia percayakan kita sepenuhnya
24. Bertindak spontan seperti memberikan sentuhan fizikal.
25. Dia akan menyimpan lebih kurang satu gambar kita  dalam fon mereka
26.  Selalu menyuruh kita menjaga diri kita dan kesihatan sebab dia tak nak kita jatuh sakit
27. Bila kita sakit, dia mungkin akan mendapatkan ubat untuk kita
28.  Dia menghormati pendapat kita
29. Dia tidak kisah dengan kisah silam kita dan menerima kita seadanya
30. Dia akan mengatakan i love you atau saya sayang awak walaupun memang jarang mendengar mereka menyebut ayat ini.
31. Merelakan diri mereka dicubit, ditumbuk atau disentuh oleh kekasih mereka tanpa mengelak dan mereka akan terima dengan gelakan.
32. Bila kita bersedih mreka juga akan merasakan kesedihan kita
33. Selalu memuji kita contohnya : awak cantik lah hari ni :*
34. Akan berusaha membuatkan kita memberikan perhatian padanya.
35. bila dia betul-betul sayang, dia akan berusaha mencari kita walau sejauh mana kita mengelak darinya kalau boleh dia tak nak lepaskan kita pergi walau apa terjadi.
36. Sentiasa bersabar dengan karenah kita
37. Tidak rela melihat kekasihnya bersama dengan lelaki yang tidak dikenali, mungkin akan timbul perasaan cemburu dalam hati mereka.
38. Suka meluangkan masa bersama-sama
39. sentiasa senyum gembira bila kita berada di sisinya
40. Paling penting kita dapat merasai dia sayangkan kita melalui cara layanan mereka terhadap kita.













haaa tu diaa .. ni pon copy paste ..heeee rsanya semua yg kt ats tuuu betoii kot , haha tengsss abang sadorr I love you tauuu .










No comments:

Post a Comment